Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA solat jemaah BERJAYA MENCAPAI 320 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI SAHIH MUSLIM SUNAN AT-TERMIZI

241  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0505.
Abdullah bin Umar r.a. bercerita: "Aku ikut berperang bersama Rasulullah saw. di Nejd. Tiba-tiba kami berhadapan dengan musuh dan kami segera mengatur barisan. Kemudian Rasulullah saw. berdiri hendak solat dan menjadi imam bagi kami, sebahagian kami solat bersama sama dengan Nabi saw., dan sebahagian lagi menghadapi musuh. Kemudian Rasulullah saw. rukuk bersama sebahagian makmum, dan beliau sujud dua kali. Sesudah itu mereka pindah ke tempat orang yang belum solat. Orang-orang yang belum solat ini segera pergi ke tempat Nabi, rukuk dan sujud dua kali bersama beliau. Sesudah itu Nabi memberi salam. Sedangkan makmum berdiri menyempurnakan solatnya masing-masing, rukuk dan sujud dua kali, dilakukan sendiri-sendiri.

242  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0186.
Ishaq bin Musa Al Ansari menceritakan kepada kami, Ma'n menceritakan kepada kami, Malik bin Anas menceritakan kepada kami dari Zaid bin Aslam dari 'Atha' bin Yasar dan Busr bin Sa'id dan dari Al A'raj, mereka menceritakannya dari Abu Hurairah bahawasanya Nabi saw bersabda: "Barangsiapa mendapatkan satu rakaat dari solat Subuh sebelum matahari terbit maka ia telah mendapatkan solat Subuh. Dan barangsiapa mendapatkan satu rakaat dari solat Asar sebelum matahari terbenam maka ia telah mendapatkan solat Asar". Di dalam bab ini terdapat hadis dari Aisyah. Abu Isa berkata: "Hadis Abu Hurairah adalah hadis hasan sahih." Dan dengannya teman-teman kami, Asy Syafi'i, Ahmad dan Ishaq berpendapat. Makna hadis ini menurut mereka adalah bagi pemilik uzur (halangan), seperti seseorang yang tertidur dari solat atau lupa lalu ia bangun atau ingat ketika terbit matahari atau ketika terbenamnya.

243  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0151.
Hannad menceritakan kepada kami, Muhammad bin Fudhair dari Al A'masy dari Shalih dari Abu Hurairah berkata: "Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya solat itu mempunyai awalan dan akhiran. Sesungguhnya awal waktu solat zuhur adalah ketika matahari tergelincir dan akhir waktunya ketika Asar masuk. Sesungguhnya awal waktu solat Asar adalah ketika waktunya masuk, akhir waktunya adalah ketika matahari menguning. Sesungguhnya awal waktu maghrib ketika matahari terbenam dan akhir waktunya adalah ketika apa yang tampak di cakerawala (mega) itu hilang. Awal waktu Isyak akhir (maghrib adalah Isyak awal = pen.) adalah ketika apa yang nampak pada cakerawala itu hilang dan akhir waktunya adalah ketika separuh malam. Dan awal waktu Subuh adalah ketika terbit fajar dan akhir waktunya adalah ketika tebit matahari." Ia berkata: "Di dalam bab ini terdapat hadis dari Abdullah bin Amr". Abu Isa berkata: "Saya mendengar Muhammad berkata: "Hadis Al A'masy dari Mujahid mengenai waktu-waktu solat adalah lebih sahih daripada hadis Muhammad bin Fudhail dari Al A'masy, sedangkan hadis Muhammad bin Fudhail adalah salah, padanya Muhammad bin Fudhail salah". Hannad menceritakan kepada kami. Abu Usamah menceritakan kepada kami dari Abu Ishaq Al Fazari dari Al A'masy dari Mujahid berkata: "Adalah diucapkan "Sesungguhnya solat mempunyai awal dan akhir". Lalu ia menyebutkan seperti hadis Muhammad bin Fudhail dari Al A'masy seperti itu dengan makanannya.

244  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0305.
Berita dari Abu Barzah r.a. mengatakan, bahawa pada suatu kali Nabi saw. solat subuh dan masing-masing kami telah dapat mengenal orang yang duduk di sampingnya. Dalam solat itu Nabi membaca sekitar 60 sampai 100 ayat. Ketika matahari telah gelincir ke barat Nabi solat Zohor, dan kemudian beliau solat Asar pada waktu salah seorang kami pergi ke batas kota kemudian dia kembali sedangkan matahari masih terasa panas. Saya lupa (kata yang menerima berita dari Abu Barzah) keterangan Abu Barzah mengenai solat Maghrib. Sedangkan mengenai Isyak, Nabi membolehkan untuk mengundurkannya hingga sepertiga malam. Kemudian dia berkata pula, hingga seperdua malam."

245  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0419.
Diberitakan oleh Anas bin Malik r.a., katanya: "Pada suatu waktu, ketika kaum Muslimin sedang solat Subuh, mereka terkejut kerana tiba-tiba Rasulullah membuka tabir bilik 'Aisyah (di mana beliau sedang terbaring sakit keras). Rasulullah senyum tertawa melihat mereka sedang solat dalam beberapa saf. Abu Bakar r.a. (yang menjadi imam ketika itu) mundur sampai ke saf di belakangnya, kerana mengira Rasulullah akan datang solat bersama-sama dengan mereka. Hampir saja kaum muslimin tergoda dalam solat mereka kerana peristiwa itu. Maka Nabi memberi isyarat kepada mereka supaya mereka meneruskan solat. Sesudah itu beliau menutupkan tabirnya kembali. Beliau wafat pada akhir hari itu juga."

246  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0409.
Anas bin Malik Al Anshari r.a. menceritakan, bahawa pada suatu ketika Rasulullah saw. naik kuda. (kerana jatuh), maka rusuk beliau yang sebelah kanan luka. Semenjak itu beliau solat sambil duduk untuk beberapa kali solat. Kami solat pula di belakang beliau (makmum) sambil duduk. Sesudah memberi salam, beliau bersabda, "Sesungguhnya imam itu ditetapkan untuk diikut. Maka apabila dia solat berdiri maka solat pulalah dengan berdiri. Apabila dia rukuk, rukuk pulalah kamu. Apabila dia bangkit, bangkit pula, apabila dia sujud, sujud pula, dan apabila dia mengucapkan Sami'allahu liman hamidah maka ucapkanlah Rabbana lakal hamd. "

247  
Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1404.
Dari Anas r.a., katanya; "Nabi saw. mempunyai sembilan orang isteri. Bila beliau menggilir mereka, baru kembali kepada isteri pertama setelah hari kesembilan. Biasanya mereka berkumpul setiap malam di rumah isteri yang sedang beliau datangi. Pada suatu waktu, ketika beliau sedang giliran di rumah 'Aisyah, Zainab datang. Rasulullah saw. mengulurkan tangannya kepada Zainab, lalu kata 'Aisyah, "Ini Zainab!" Kerana itu Nabi saw. menarik tangannya kembali. Maka terjadilah pertengkaran antara 'Aisyah dan Zainab, padahal solat sudah diqamatkan orang. Kebetulan Abu Bakar lewat dekat situ dan dia mendengar suara keduanya bertengkar. Lalu kata Abu Bakar, "Ya,Rasulullah! Keluarlah solat. Tutup mulut mereka dengan tanah." Rasulullah saw. keluar pergi solat. Kata 'Aisyah, "Setelah selesai solat, tentu Abu Bakar akan datang memarahi ku." Benar juga, setelah selesai solat, Abu Bakar mendatangi 'Aisyah dan memarahinya. Katanya, "Begini kiranya perbuatanmu!"

248  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0583.
Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. solat (malam) sebelas rakaat. Memang begitulah solat beliau. Lamanya sujud dalam solatnya itu untuk satu kali sujud, selama kamu membaca kira-kira lima puluh ayat sebelum dia mengangkat kepalanya. Kemudian dia solat dua rakaat sebelum fajar, kemudian dia berbaring di punggungnya yang kanan, hingga datang orang memberitahukannya untuk solat (Subuh). "

249  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0502.
Yahya bin Musa menceritakan kepada kami, Abu Dawud AthThayalisi memberitahukan kepada kami,memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari 'Utsman bin 'Abdur Rahman At-Taimiy dari Anas dengan hadis seperti tersebut di atas. Masalah ini diriwayatkan pula dari Salamah bin Al-Akwa', Jabir dan Zubair bin Al-'Awwam. Abu 'Isa berkata: "hadis Anas tersebut adalah hadis hasan sahih". Pendapat itulah yang disepakati oleh majoriti ulama, yaitu bahawasanya waktu solat Jumaat adalah apabila matahari telah tergelincir ke barat sebagaimana waktu Dhuhur. Itulah pendapat Asy-Syafi'i, AAmad dan Ishaq. Sebahagian di antara para 'ulama berpendapat bahawa apabila solat Jumaat itu dilaksanakan sebelum tergelincir matahari ke barat maka solat itu sah, Ahmad berkata; "Barangsiapa yang solat Jumaat sebelum matahari tergelincir ke barat maka ia tidak perlu mengulangi solat itu."

250  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0335.
Al-Anshari menceritakan kepada kami, Ma'an memberitahukan kepada kami, Malik bin Anas memberitahukan kepada kami dari Abin Nadhr dari Busr bin Said bahawa Zaid bin Khalid Al-Juhani mengutus seseorang kepada Abi Juhaim untuk bertanya kepadanya apa yang dia dengar dari Rasulullah saw tentang orang yang lewat di hadapan orang yang solat? Lalu Abu Juhaim berkata: "Rasulullah saw bersabda: "Seandainya orang yang lewat di hadapan orang yang solat mengerti, pasti dia berhenti empat puluh lebih baik baginya daripada lewat di hadapannya". Abun Nadhr berkata: "Aku tidak mengerti beliau bersabda empat puluh hari atau empat puluh bulan atau empat puluh tahun." Dalam hadis ini terdapat hadis dari Abi Said Al-Khudri, Abi Hurairah, Ibnu Umar, dan Abdillah bin Amr. Abu Isa berkata: "Hadis Abu Juhaim adalah hasan sahih." Benar-benar diriwayatkan oleh Rasulullah saw bahawa beliau bersabda: "Sungguh seseorang berhenti seratus tahun lebih baik baginya daripada lewat di hadapan saudaranya yang tengah melakukan solat." Hadis ini diamalkan para ahli ilmu, mereka memakruhkan lewat di hadapan orang yang solat dan mereka berpendapat bahawa hal itu tidak memutuskan solat seseorang.